اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ >> Semoga Allah SWT menerapkan rasa kecintaan untuk sentiasa berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW... Amin

Friday, January 4, 2013

Wahai Kekasih

Wahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namun hati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.


Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kau tempuhi jua.

Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.


Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya.

Di akhirat kita kan bersua...
~ In shaa Allah ~


Cinta Allah & Cinta Rasulullah

Thursday, January 3, 2013

...buat semua...

Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik (Ustaz Pahrol) >>> sayu sangat rs ht ni bl bc..smga hati 2 kita ini terdidik dgn cinta Allah..amin..

Baca lah kisah ini >> kenalilah Tuhan yg mengujimu (oleh ustaz Pahrol)

Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?” (Ustaz Pahrol) >>> kita ni kadang2 ketika susah baru nak cari Allah..nauzubillah...kmi ingin sentiasa bersama Mu ya Allah, di kala susah senang hidup kami ini..amin..ya Allah, berikan lah kmi rezeki untuk sentiasa mengingati-Mu...

Hayatilah kisah ini >> mencari ketenangan hati (oleh ustaz Pahrol)

Wednesday, January 2, 2013

Terlalu penat dah nak sedih...

sangat2 down harini...apa tak nya, hard disk laptop rosak..xdpt nak back up data2 research yg sgt byk dlm tu..even kat D tu pun xdpt nak amik balik data2...dah terlalu penat dah nak sedih...byk sgt dah sedih dlm 2 tahun mghabiskan research master ni...last2 jd mcm ni pl...kdg2 terfikir, dpt k nak hbskan master ni, or jd kenangan yg tak kesudahan...

~ ya Allah, tabahkan hatiku..sekiranya ia baik untukku, Kau permudahkanlah ya Allah dan sekiranya ia tdk baik untukku, hy pd Engkaulah aku berserah...

Sunday, December 30, 2012

Ustaz Don ~ 29.12.12

Banyak sgt cerita menarik yg dikongsikan oleh Ustaz Don kelmarin =) xcukup rsnya 2jam setengah dgr ceramah ustaz don..letih duk gelak je...lucu ustaz don ni =) in shaa Allah akan dikongsikan bersama nt..
 hurm, gmbar xbp nak clear duk jauh etep...
...lastly ada video yg sgt sayu...
...baginda Nabi SAW, yg sgt menyayangi kita....
..berkali-kali tgk video ni berkali-kali jg rs sayu sgt hati ini...
...ampunkan kami ya Allah..kami sgt myangi Mu dan Rasul-Mu... ~ bersama2lah kita menghayati kisah ini...
....Cintailah Rasulullah...
...sebagaimana baginda Nabi mencintai kita...

...bagaimana pl dgn kasih sayang kita pd baginda Nabi???

Monday, December 24, 2012

Tolong Menolong (al-Maidah;2)

Pagi ni dah dua kali dengar surah al-Maidah, ayat 2 ni, skali ms motivasi kat tv kul 6am, then motivasi pagi kat radio ikim.fm kul 7.30am oleh ustaz... Adakah ini satu kebetulan??? TIDAK... tidak ada kebetulan dlm kehidupan, semuanya dah ditetapkan oleh Allah SWT apa2 yg berlaku..Allah nak mendidik hati ini supaya saling tolong-menolong antara satu sama lain (^_^)/ tolong menolong ke arah kebaikan bukan ke arah dosa/permusuhan. In shaa Allah..

"......dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah sangat berat siksa-Nya." (al-Maidah; 2)