اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ >> Semoga Allah SWT menerapkan rasa kecintaan untuk sentiasa berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW... Amin

Sunday, December 30, 2012

Ustaz Don ~ 29.12.12

Banyak sgt cerita menarik yg dikongsikan oleh Ustaz Don kelmarin =) xcukup rsnya 2jam setengah dgr ceramah ustaz don..letih duk gelak je...lucu ustaz don ni =) in shaa Allah akan dikongsikan bersama nt..
 hurm, gmbar xbp nak clear duk jauh etep...
...lastly ada video yg sgt sayu...
...baginda Nabi SAW, yg sgt menyayangi kita....
..berkali-kali tgk video ni berkali-kali jg rs sayu sgt hati ini...
...ampunkan kami ya Allah..kami sgt myangi Mu dan Rasul-Mu... ~ bersama2lah kita menghayati kisah ini...
....Cintailah Rasulullah...
...sebagaimana baginda Nabi mencintai kita...

...bagaimana pl dgn kasih sayang kita pd baginda Nabi???

Monday, December 24, 2012

Tolong Menolong (al-Maidah;2)

Pagi ni dah dua kali dengar surah al-Maidah, ayat 2 ni, skali ms motivasi kat tv kul 6am, then motivasi pagi kat radio ikim.fm kul 7.30am oleh ustaz... Adakah ini satu kebetulan??? TIDAK... tidak ada kebetulan dlm kehidupan, semuanya dah ditetapkan oleh Allah SWT apa2 yg berlaku..Allah nak mendidik hati ini supaya saling tolong-menolong antara satu sama lain (^_^)/ tolong menolong ke arah kebaikan bukan ke arah dosa/permusuhan. In shaa Allah..

"......dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah sangat berat siksa-Nya." (al-Maidah; 2)

Saturday, December 22, 2012

♥ Motivasi diri ♥

♥ Di akhirat nt Allah akan bertanya kepada kita apa yg telah kita lakukan, Allah tak akan ty kepada kita apa yg org lain telah lakukan ♥

Sebagaimana cerita seekor burung pipit yg berusaha memadamkan api ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh raja namrud yg zalim....

seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. 

“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.
“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.
Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Burung kecil itu tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah telah dizalimi ♥


>>> Jom kita ambil iktibar dari kisah pengajaran burung pipit ini...smga kita sentiasa melakukan sesuatu Lillahitaala...kerana ALLAH SWT ♥ 

Friday, December 21, 2012

Seiring Sehaluan



<< Buatmu SAHABAT >>
Silaturrahim ini tak akan terpisah..
kita jalinkan seperti Rasulullah dan sahabat..

..susah senang kita tempuhi bersama..
"bertemu berpisah kerana ALLAH"

Wednesday, December 19, 2012

Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni

Subhanallah, Alhamdulillah berpeluang utk menimba siraman ilmu dr Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni, salah seorang ulama' besar tafsir hadith yang masih ada kini. Berasal dari Syria meskipun telah 30 thn dihalau dari kembali ke Syria. 

Syeikh memulakan penyampaiannya dengan Ayat 110, Surah Ali- Imran:.


" Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman),.." 


Benarlah kita sebaik-baik umat kerana tiga agenda utama ini iaitu menegakkan ma'ruf dan mencegah kemungkaran dan mentaati Allah dgn sebenar-benar iman.

Antara pesanan syeikh yang ingin dikongsi bersama:.
'Allah mengangkat kita dengan ilmu dan Allah mengangkat dua golongan yg berilmu ini iaitu golongan malaikat dan golongan alim ulama' (orang2 yg berilmu).'

Maka untuk mendalami agama Islam ini perlu dgn ilmu dengan cara berpandukan Al-Quran & Sunnah.

Ilmu tanpa taqwa samalah seperti iblis. Maka, ilmu yang yang memuliakan kita adalah ilmu beserta taqwa.

Semoga Allah memudahkan langkah-langkah kita semua dalam menuntut ilmu kerana ia fardhu ke atas tiap-tiap umat manusia.
Wallhu'alam


-adapted from FB =) dari my fren - atiqah

renungan bersama

Monday, December 17, 2012

Kisah Anak yang Tawakkal

Seorang soleh bernama Ahmad Bin Harb mempunyai seorang anak lelaki. Sejak kecil anak itu telah diajarkan mengenal Allah dan yakin bahawa Dia berkuasa atas segala sesuatu. Allah yang menghidupkan, yang mematikan dan yang memberi rezeki kepada manusia.


"Nak, jika engkau menginginkan sesuatu, engkau mesti meminta dan berdoa kepada Allah tidak boleh kepada yang lain," kata Ahmad kepada anaknya yang masih kecil itu.


"Caranya bagaimana ayah?" tanya anaknya.


"Engkau pergi ke tingkap, angkat kedua-dua tanganmu ke langit dan ucapkan: "Ya Allah! Aku ingin ini.... maka berikanlah aku rezeki dari sisi-Mu."


Ahmad dan isterinya telah menyediakan segala makanan, minuman atau benda-benda yang menjadi kegemaran anaknya itu. Setiap kali anaknya pergi ke tingkap, kedua-duanya pergi ke tempat benda-bendanya yang disorokkan.


Suatu hari anaknya pergi ke tingkap dan berdoa: "Ya Allah, aku ingin roti yang sedap, maka berilah aku rezeki dari sisi-Mu."


Secepat kilat ibunya meletakkan roti diatas meja makan. Maka apabila anaknya pergi ke meja makan, telah tersedia makanan yang dimintanya. Dia yakin bahawa barang itu dari Allah.


Esok harinya ia pergi pula ke tingkap dan berdoa: "Ya Allah!, berilah aku minuman yang sedap."

Apabila dia menoleh, di meja sudah tersedia minuman yang sedap yang diletakkan oleh ibunya. Dia yakin bahawa Allah telah menunjukkan kekuasaannya dengan memperkenankan setiap permintaannya.


Suatu hari, Ahmad dan isterinya bepergian. Sementara anaknya yang berada di rumah sangat ingin makan roti. Maka pergilah dia ke tingkap dan berdoa : "Ya Allah, aku sangat ingin makan roti., Maka berilah aku rezeki roti dari sisi-Mu."


Ketika itu juga tersedia roti di tempat makannya. Apabila ibu bapanya pulang,. kedua-duanya terkejut kerana anaknya makan roti. Padahal ketika itu di rumahnya kebetulan tidak ada roti.


"Daripada mana engkau mendapatkan roti wahai anakku?' tanya Ahmad dan isterinya.


"Dari Allah yang memberiku maknan setiap hari itu." jawab anaknya.


Dengan kejadian ini, Ahmad sedar bahawa anaknya telah mencapai taraf yang tinggi keyakinannya kepada Allah, dan telah menempuh jalan seperti yang ditempuh oleh orang yang tawakkal.

~Himpunan Kisah Sufi~
adapted from http://sufiahsolehah.blogspot.com/2010/08/kisah-anak-yang-tawakkal.html

Tuesday, December 4, 2012

Mushroom yg cantik


Sedang2 search pasal fluorescence td terjumpa pasal luminous mushroom ni...  dlm dark ia akan jd kaler hijau... sangat cantik .. ad kat malaysia.  kat sarawak ada jg..  housemates ada yg pegi field trip ckp ada jump mushroom jenis ni...  ok..  have a look to the video =) this video was taken in the florest of sabah...


<<< LETS  CONSERVE  THE  RAINFOREST >>

Monday, September 10, 2012

Kasih Sayang Allah tiada Bandingan


Jgn diminta hidup yg mudah, tp mintalah kpd Allah hati yg tabah untuk menghadapinya. Kerana hidup tdk akan mudah. Kerana hakikatnya hidup diciptakan oleh Allah memang untuk ujian @ sebagai ujian untuk kita. Sebagaimana firman Allah dlm surah al-mulk, ayat 2, “yg menciptakan mati dan hidup, utk menguji kamu, siapa di antara kamu yg lebih baik amalnya…”. Sgt menyentuh hati dgr ceramah ustaz pahrol…hidup memang penuh dgn ujian. Kita perlu kuat dlm menghadapinya…bila rs xmampu, ingatlah yg ujian itu mampu kita hadapi…xsalah menangis..mengadu dan berdoa pd Allah supaya diberikan kekuatan. Carilah semangat dgn bykkan berdoa pd Allah.. Allah sentiasa ada bersama kita. Sentiasalah rs yg kita lah org yg paling memerlukan Allah dari org lain.

Bersama-samalah kita jd seperti Rasulullah. Bila gembira baginda nabi sentiasa bersama al-Quran..bila sedih bersama al-Quran…namun kita bila sedih baru nak cari Allah. Bila gembira, dah xingat. Nauzubillah. Ya Allah, kurnialah kami hati yg tetap dgn mu..dan berilah kami rezeki yg sentiasa membaca dan bersama al-quran…satu lg yg paling menyentuh hati ini, kasih sayang Allah yg tiada bandingnya…di saat hati ini sgt sedih, kecewa, stress tntg kj, dan xth apa lg nak buat selain menangis..dlm fikiran ini hy al-Quran, prcya hy Allah dpt membantu diri ini di saat tiada siapa yg th selain dari Nya….sambil menangis sy buka al-Quran…dan ayat pertama yg saya terbuka (dgn izin Allah) surah Ali-Imran, ayt 14-15. Sayu sgt rasa bila bc…sy mendapat jawapan kpd segala2nya..Firman Allah swt:

“Dijadikan terasa indah dlm pandangan manusia cinta terhadap apa yg diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yg bertompok dlm bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yg baik” (Ali-Imran; 14)

“Katakanlah, “mahukah aku khabarkan kepadamu apa yg lebih baik dari yg demikian itu? Bagi org yg bertaqwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dlmnya, dan pasangan-pasangan yg suci, serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya.”  (Ali-Imran; 15)

tq Allah kra sentiasa ada dlm menenangkan hati ini…di saat hti ini tertekan ttg kj iaitu sesuatu yg kita inginkan yg terbaik..Allah dtg dgn mgkhabarkan ada yg lebih baik dri yg semua itu, iaitu mendpt syurga Allah..serta ridhaNya. Dan setiap kali sy bc ayat ini, terasa sayu..dah tiada lg tekanan sbgai mana sblum ini, krana sy th disebalik kesengan hidup di dunia ini, ada yg lebih baik lg iaitu dgn mendapat syurga dan redha Allah. Trima kasih Allah krna mnyayangi diri ini wlupun siapa lah diri ini jka nak dibandingkan dgn org lain...sentiasalah ada bersama dgn kmi ya Allah…

Tuesday, July 3, 2012

Iman sang SEMUT


Di zaman Nabi Allah Sulaiman AS berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman AS nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman AS merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman AS pun bertanya kepada semut: “Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu.”
Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku.”
Lantas Nabi Allah Sulaiman AS pun bertanya: “Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”
Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan.”
Nabi Allah Sulaiman AS pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong.”.
Nabi Allah Sulaiman AS pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman AS terlihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman AS menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah.”
Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa.”
.
Itulah Iman Sang Semut !!! bagaimana dgn iman kita????

Friday, June 22, 2012

Keistimewaan Solat Berjemaah


SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yg disyariatkan dlm Islam.

Kajian itu mendapati tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif & cas negatif. Dlm aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dlm proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif & cas negatif yg menyebabkan ketidakseimbangan dlm tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dlm badan menyebabkan kita rasa letih & lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula utk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dgn solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah & mengapa solat lima waktu yg didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yg tidak sama?

Hasil kajian mendapati sentuhan yg berlaku antara tubuh kita dgn tubuh ahli jemaah lain yg berada di kiri & kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yg berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan manakala yg berkurangan akan ditarik ke dlm kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dlm tubuh kita.

Katanya setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar & sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif & negatif yg hampir seimbang.

´.•✿ Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas seharian kita bekerja kuat & memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak drpd tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

´.•✿ Solat berjemaah yg disyariatkan Islam berperanan utk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat utk memberi ruang yg lebih kpd proses pertukaran cas dlm tubuh.

Situasi yg sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yg banyak.

´.•✿ Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yg dikerjakan akan memberikan ruang kpd proses pertukaran cas dgn lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar & pulang drpd kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yg banyak menggunakan tenaga. Masa yg diperuntukkan pula tidak begitu lama.


´.•✿ Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dgn penggunaan tenaga yg kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yg mengandungi empat rakaat. Logiknya, pd waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti & sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yg banyak.

´.•✿ Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dlm Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pd sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dlm badan serta memberikan tenaga utk kita bangun malam (qiamulllail).

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yg lengkap & istimewa. Segala amalan & suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yg tersirat utk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri & betapa hebatnya Pencipta.

SubhanALLAH (✿◠‿◠) <<adapted from fb>>

Wednesday, June 20, 2012

ya Allah, jadikanlah....

>>Jadikanlah yang Lembut itu HATI....
>>Jadikanlah yang Tipis itu BENCI.....
>>Jadikanlah yang Tebal itu IMAN.....
>>Jadikanlah yang Tajam itu AKAL....
>>Jadikanlah yang Baik itu SIFAT.....
>>Jadikanlah yang Manis itu SENYUMAN.....

>> Baik buruk ketentuan TUHAN....
>> Telah ku terima penuh KEIKHLASAN....
>> Andai buruk ku anggap DUGAAN...
>> Andai baik ku anggap PEMBERIAN TUHAN...

insya ALLAH..


(adapted from ustaz don fan page)

Wednesday, June 13, 2012

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA

Diberikan kesedihan..
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya.


Diberi kesakitan...
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.

Diberikan kesusahan..
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

Di berikan kehilangan...
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.

Di berikan penderitaan..
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.

Diberikan kemiskinan...
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.

Diberi kehinaan..
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.

Oleh itu ...
jangan terlalu banyak ketawa.
jangan terlalu bersuka ria.
kerana Allah akan jauh dari kita.

<< Kasih Allah Kasih Sejati >>



~ adapted from fb ~

Friday, May 4, 2012

Kegemilangan Islam

Suka tgk video ni ms kuliah siswi td....smga kita semua mendapat iktibar...


Tuesday, May 1, 2012

Last Nite Memory

Our housemate's besday ~ Teha (^_^)
~ sweet 24 ~ frenship forever =)


Sunday, April 29, 2012

Wednesday, April 11, 2012

Renungan bersama - Hidayah Allah -

Kita slu minta hidayah dari Allah, bila hidayah turun kita buat main-main.... Apa jenis manusia kita ni????
....ya Allah, pandanglah kami dgn pandangan kasih sayang dan rahmat Mu....

Tuesday, April 10, 2012

TQ housemates

 " 5 Jambatan Kehidupan"
TQ my housemates, untuk kata2 semangat ini....
bgn pg2 ad kata2 semangat yg comel kat dpn pintu bilik...

Friday, April 6, 2012

6 perkara yg ALLAH sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu ... Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 


# wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. insya'Allah... Allah always with us...


>>adapted from fb

Ketensionan vs Keredhaan

Org kata kalu kita tension2 + berada dlm kesedihan slu, itu tandanya kita xsepenuhnya redha dgn ketentuan Illahi. Bila kita dah berusaha tp tuhan masih xbg, kita seharusnya redha, dan berusaha lagi, semuanya ad hikmah d sebaliknya….rite??? >>> ada benarnya kata2 tu…so, no stress2 okeh..

* konklusinya (>tension = <redha)

Allah Maha Penyayang, di kala diri ini menangis dan rs teramat sedih, tersangat2 sedih, terdetik di hati untuk mendegar IKIM dan didengarkan dengan sebuah hadis ini:

>>> “Tawakallah kamu kpd Allah SWT seperti burung”, knpa Allah buat perumpamaan  tawakal spt burung???? Tdk spt para Rasul??? para Nabi????? >>> ini kerana burung hanya ada Allah, apabila ia keluar mencari makanan, ia tawakal pada Allah…burung tdk seperti kita yg ada sekolah, ad pejabat, ada tempat yg hendak di tuju tp ia tetap keluar setiap hari, setiap pagi, tak kira hujan, panas. ia tetap keluar mencari makanan & ia hy berserah pd Allah semuanya >> dan sebab itulah Allah bg ia rezeki makanan, kuar sarang dgn perut kosong & lapar dan sekembalinya burung dgn perut yg kenyang…hebat bukan....<<ap2 yg kita rancang & buat, tawakallah pd Allah, sesungguhnya semua adalah ketentuan Allah SWT>>

Selepas dgr hadis ini, hilang sudah sedikit sbyak kesedihan di hati, mungkin diri ini xsepenuhnya tawakal dan redha dgn ketentuan Illahi dan mengingatkan kembali diri ini ttg kebesaran-NYA & mengingatkan ttg dunia ini hy pinjaman dari Allah yg mana ianya hy bersifat sementara..

Selepas itu, lagi cerita dri IKIM, ye ckp proses pembelajaran mengambil masa yg lama: contohnya, Ibnu sina mengambil masa berpuluh tahun dlm mendalami ilmu dan kemahirannya, begitu jg peniaga yg berjaya serta para ulamak, mengambil masa yg lama dlm mendalami ilmu pengetahuan, kalau setakat 2, 3 tahun belum tentu lagi dapt mahir. >>> Kisah dan pendapat ini sekali lagi memberikan harapan pada hati ini supaya jgn terlalu sedih, dan sedikit sebanyak merasakan masih ada waktu untuk ku terus belajar.

<<tQ Allah, krna masih lagi menyayangi diri ini, wlupun diri ini kurasakan tiada makna buat-MU, siapalah diri ini jika nak dibandingkan dgn org lain yg lebih lagi amalnya, lebih baik lagi lakunya dan lebih lagi ilmunya>> tdk ku sangka petang itu Allah swt telah memberikan ku 2 pengajaran yg amat bermakna...pertamanya, setelah berusaha, berserahlah & tawakallah sepenuhnya pada Allah dan yg keduanya dalam mendalami ilmu serta kemahiran, adalah satu proses yg mengambil masa bukan setakat hy sehari dua, bukan setakat sebulan dua sahaja terus dpt menjadikan kita seorg yg mahir dlm sesuatu ilmu itu…yg penting ada minat untuk belajar dan seharusnya kita sabar…insya’Allah…

Memang benar Allah itu Maha Penyayang, wlupun kita xdpt apa yg kita mahukan sekarang tetapi Allah sentiasa ada dlm memberikan kita apa yg kita perlukan, supaya kita lebih tabah dlm menghadapi hidup ini.

Tuesday, March 27, 2012

Tahukah anda apakah pohon ini???

❀ ܓ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.

~::
♥::~~::♥::~ ~::♥::~~::♥::~ ~::♥::~~::♥::~ ~::♥::~~::♥::~
~::♥::~~::♥::~ ~::♥::~~::♥::~ 

Sedikit sejarah mengenainya...

♥ Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. 

♥ Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

♥ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

>>> Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. Allah menghidupkannya dengan kehendak-Nya jua, Allahu Allah.

♥ ܓ Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya -Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.



اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Sunday, March 18, 2012

Tenanglah Wahai Hati

Allah berfirman, "Ingatlah Aku, Aku pasti ingat kamu."

~ Teruskan membaca al-Quran, al-Quran akan sayang anda ~

Wednesday, March 14, 2012

Kenapa kita asyik dgr NASIHAT yg sama????

Kenapa kita asyik dgr NASIHAT yg sama????
>> kerana Allah sdg memberi kekuatan pd kita utk sedar


Kenapa kita asyik dgr NASIHAT yg sama lagi ????
>> kemudian adalah krna Allah sdg memberi kekuatan pd kita utk beramal

Kenapa kita asyik dgr NASIHAT yg sama lagi dan lagi????
>> kemudian pula adalah kerana Allah sdg memberi kekuatan pd kita utk memberi nasihat serta mengajar/mengajak org lain jg ke arah kebaikan ♥

<<  Begitulah didikan Allah pd kita >>

Cara Allah SWT berbicara dgn kita

Cara Allah SWT berbicara dgn kita >> dgn meletakkan kita dlm majlis2 ilmu yg berkaitan dgn Allah dan agama Allah..

Byk cara Allah berbicara dgn kita, sbgaimana contoh - byk perkara yg dikatakan "kebetulan" berlaku, yg pd hakikatnya adalah dari Allah ~ Allah tahu yg terbaik untuk kita.

Contohnya: sedang dlm perjalanan ke masjid, kita melihat pergaduhan antara dua muslim. tetapi kita sekadar melihat, tiada apa2 tindakan/usaha yg kita lakukan utk meleraikan pergaduhan tersebut. kita teruskan sahaja ke masjid, menunaikan solat berjemaah. selesainya solat, uztaz memberikan tazkirah ringkas. yg mana tajuk tazkirah tersebut berkaitan dgn pentingnya perhubungan sesama islam. baru sebentar td kita teringat pd pergaduhan tersebut, dan sepatutnya kita mendamaikan mereka. begitulah didikan Allah pd kita.

Seringkali kita menangis kerana sgt sedih dan tatkala kesedihan yg tdk tertanggung lagi. Sampaikan kita bersolat kita menangis, kita membaca al-Quran, kita menangis kesedihan... hy berharap pd Allah shja yg mengetahui. Al-Quran itu sendiri memberikan jawapan kepada kita ~ lihatlah saudara sekalian : sedang kita membaca al-quran dlm kesedihan, dlm linangan air mata, kita "kebetulan" membaca ayat2 Allah yg indah, yg memberi jawapan pd hati kita, pd kesedihan kita, lihatlah : yg dikatakan kebetulan itu sebenarnya adalah dari Allah.

Soalan Yang Selalu Ditanya & Al-Quran Telah Menjawabnya

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB:“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB:“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. “ (Surah Al-Baqarah ayat 286)

KITA BERTANYA : KENAPA RASA TERTEKAN?
QURAN MENJAWAB: “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
(Surah Al-Imran ayat 139)

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB:“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). “

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB:“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?QURAN MENJAWAB:“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
(Surah At-Taubah ayat 111)

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB:“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. “- (Surah At-Taubah ayat 129)

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB:“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” (Surah Yusuf ayat 12)

http://thebest4u.wordpress.com/category/motivasi-diri/

Sunday, February 19, 2012

Program Bicara Agama bersama Ustaz Don Daniyal

<< Sabtu, 18.2.2012 >>
...comey je ustaz Don ni...best sgt ceramah ustaz Don, tajuk mencontohi akhlak dan sahsiah Rasulullah...
bersama2 lah kita selawat pd baginda Nabi SAW...
cintailah Rasulullah sebagaimana baginda Nabi SAW mencintai kita...
<< together with my housemates >>
<< pic ustaz don kat mira cake house >>

Tuesday, February 7, 2012

TQ my BestFREN

<<< TQ cik eyla a.k.a lyla >> 
for the sweetest stuffs yg cantik2 + cute... (^_^)
<<cute je origami ni...dah buka2,baca2 nasihat tersirat, then nasib baik pandai lipat balik...hehe >>
....and....dah tergantung kat beg i dah ni...keychain yg cantik...
<< tq very2 much lyla....love + miss you always >>
 << lyla, unik sgt yg ni..very like it >>

Tuesday, January 24, 2012

Sehingga al-Quran terpahat di HATI

...best jg buku Sehingga al-Quran terpahat di hati...
 << Sesungguhnya nikmat al-Quran terlalu agung, tanpanya manusia akan sesat >>

Tuesday, January 17, 2012

Shoping Buku

..p shoping buku2 kat MPH >> menghabiskan baucar buku yg berharga RM200....

<< sempat lg p begambar kat pameran seni >>
  
...so tinggal lg RM100 boucar...best jg shoping buku ni..
....jum bersama2lah kita membaca...insya'Allah...