<<< Saya tertarik pd ceramah Dr.Muhaya ttg imej diri & di sini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai apa yg diperkatakan oleh Dr.Muhaya (^_^) >>>
Biasanya bila dengar ttg “Imej Diri”, semua akan nampak pd luaran ssorg, ttp pada kali ini imej diri adalah berkenaan dgn dalaman ssorg. Bila imej diri kita baik, kita akan nampak kebaikan dan perangai kita akan jadi baik. Imej diri adalah faktor dalaman yg menentukan faktor luaran >> sama mcm cermin ~ bila kita senyum, org akan turut senyum pada kita (dunia luar akan refleks)
Contohnya: Bila kita pakai tudung senget, kita tgk cermin...kita nak betulkan cermin atau betulkan tudung kita???? Sama juga dgn dunia luaran, kita nak betulkan dunia luaran atau nak betulkan diri kita dahulu??? Bila kita dah betulkan diri/dalaman kita, dunia luaran akan turut berubah (dunia luaran adalah refleks dunia dalaman kita ~ dunia akan melayan kita sebagaimana kita melayan dunia). Apa yg kita fikir adalah imej kita, kita kena betulkan imej, barulah perangai, tindakan dan dunia luaran akan berubah. Bila kita pandai kawal fikiran, emosi akan terkawal dan tindakan luar juga terkawal...
>>> bila kita baik pada org, org akan baik pada kita & pernah x dengar statement yg kata, ”Bila kita terlalu baik pada org, org akan pijak kepala kita...” >>> sebenarnya ini xmungkin berlaku, xda yg kalau kita baik sgt, org akan naik kepala kita >>> kita xkan sampai jadi org yg terlampau baik kerana Allah SWT lagi baik, walaupun kita jrg bersyukur, mengumpat org, dan berbuat lain2 kesalahan, Allah masih bagi rahmat pada kita, kita masih lagi bernafas serta menggunakan nikmat pancaindera yg Allah beri pada kita.
Lain contoh, bila ssorg itu pergi interview, imej luarannya sudah sangat bagus, namun kalau dalaman xelok/ bila asal dah xelok, dia akan dapat yg xelok.
Kalau kita berpangkat, kita xboleh sombong, kerana tuhan dah kata, org yg sombong ni xkan bau syurga. Siapakah org yg sombong ini???? >>> org yg sombong ialah org yg xboleh ditegur, ujub, riak, takbur, melayan manusia berdasarkan pangkat, layan org yg pangkat tinggi dgn layanan baik dan bagus ttp bila dgn org yg pangkat rendah, layan dgn kasar (kita perlu ada hubungan baik dgn manusia, kerana kita xmahu bila mati nt kita ada dosa yg mengikat kita yg menghalang kita dr memasuki syurga Allah)
Kita manusia ini hy ada dua kesedaran, kesedaran ego atau kesedaran ketuhanan. Kesedaran ego adalah org yg suka compete ng org, nak lebih baik pada org, suka nak marah, nak lebih pada org, sgt pikir pada apa org kata. Org yg kesedaran ketuhanan ini ialah org yg suka bekerjasama, cari kebaikan, lemah lembut, berkasih sayang, murah hati, xfikir pada apa org kata tapi fikir apa Allah kata, apa yg Allah redha, niat pada Allah, bukan pada penghargaan manusia.
<< kita sgt hidup pada penghargaan manusia bukan pada redha Allah>> kalau kita nak th samada kita ikhlas atau tidak, kita akan rasa kemanisan beribadah sekiranya kita adalah betul2 ikhlas kerana Allah swt. Org yg hidup bahagia adalah org yg sentiasa bebas dari penghargaan manusia, hy fikir akan keredhaan Allah swt..
Imej Diri