Seorang soleh bernama Ahmad Bin Harb mempunyai seorang anak lelaki.
Sejak kecil anak itu telah diajarkan mengenal Allah dan yakin bahawa
Dia berkuasa atas segala sesuatu. Allah yang menghidupkan, yang mematikan dan yang memberi rezeki kepada manusia.
"Nak,
jika engkau menginginkan sesuatu, engkau mesti meminta dan berdoa
kepada Allah tidak boleh kepada yang lain," kata Ahmad kepada anaknya
yang masih kecil itu.
"Caranya bagaimana ayah?" tanya anaknya.
"Engkau
pergi ke tingkap, angkat kedua-dua tanganmu ke langit dan ucapkan: "Ya
Allah! Aku ingin ini.... maka berikanlah aku rezeki dari sisi-Mu."
Ahmad
dan isterinya telah menyediakan segala makanan, minuman atau
benda-benda yang menjadi kegemaran anaknya itu. Setiap kali anaknya
pergi ke tingkap, kedua-duanya pergi ke tempat benda-bendanya yang
disorokkan.
Suatu hari anaknya pergi ke tingkap dan berdoa: "Ya Allah, aku ingin roti yang sedap, maka berilah aku rezeki dari sisi-Mu."
Secepat
kilat ibunya meletakkan roti diatas meja makan. Maka apabila anaknya
pergi ke meja makan, telah tersedia makanan yang dimintanya. Dia yakin
bahawa barang itu dari Allah.
Esok harinya ia pergi pula ke tingkap dan berdoa: "Ya Allah!, berilah aku minuman yang sedap."
Apabila
dia menoleh, di meja sudah tersedia minuman yang sedap yang diletakkan
oleh ibunya. Dia yakin bahawa Allah telah menunjukkan kekuasaannya
dengan memperkenankan setiap permintaannya.
Suatu hari,
Ahmad dan isterinya bepergian. Sementara anaknya yang berada di rumah
sangat ingin makan roti. Maka pergilah dia ke tingkap dan berdoa : "Ya
Allah, aku sangat ingin makan roti., Maka berilah aku rezeki roti dari
sisi-Mu."
Ketika itu juga tersedia roti di tempat
makannya. Apabila ibu bapanya pulang,. kedua-duanya terkejut kerana
anaknya makan roti. Padahal ketika itu di rumahnya kebetulan tidak ada
roti.
"Daripada mana engkau mendapatkan roti wahai anakku?' tanya Ahmad dan isterinya.
"Dari Allah yang memberiku maknan setiap hari itu." jawab anaknya.
Dengan
kejadian ini, Ahmad sedar bahawa anaknya telah mencapai taraf yang
tinggi keyakinannya kepada Allah, dan telah menempuh jalan seperti yang
ditempuh oleh orang yang tawakkal.
~Himpunan Kisah Sufi~
adapted from
http://sufiahsolehah.blogspot.com/2010/08/kisah-anak-yang-tawakkal.html