♥ Di akhirat nt Allah akan bertanya kepada kita apa yg telah kita lakukan, Allah tak akan ty kepada kita apa yg org lain telah lakukan ♥
Sebagaimana cerita seekor burung pipit yg berusaha memadamkan api ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh raja namrud yg zalim....
seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil.
“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.
“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.
Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”
Burung kecil itu tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah telah dizalimi ♥
>>> Jom kita ambil iktibar dari kisah pengajaran burung pipit ini...smga kita sentiasa melakukan sesuatu Lillahitaala...kerana ALLAH SWT ♥
teori Aressa; sabar seperti unta. MashaAllah~
ReplyDeleteyup...teori unta tu diadaptasikan dari teori ustaz don =) hurm, teori fateha pun cute jg, hw to knw which animals lay eggs or delivered babies yg cumei...
Delete