اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ >> Semoga Allah SWT menerapkan rasa kecintaan untuk sentiasa berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW... Amin

Thursday, January 3, 2013

...buat semua...

Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik (Ustaz Pahrol) >>> sayu sangat rs ht ni bl bc..smga hati 2 kita ini terdidik dgn cinta Allah..amin..

Baca lah kisah ini >> kenalilah Tuhan yg mengujimu (oleh ustaz Pahrol)

Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?” (Ustaz Pahrol) >>> kita ni kadang2 ketika susah baru nak cari Allah..nauzubillah...kmi ingin sentiasa bersama Mu ya Allah, di kala susah senang hidup kami ini..amin..ya Allah, berikan lah kmi rezeki untuk sentiasa mengingati-Mu...

Hayatilah kisah ini >> mencari ketenangan hati (oleh ustaz Pahrol)

No comments:

Post a Comment