Tq cik Lyla tuk kata2 yg cumei ini...
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ >> Semoga Allah SWT menerapkan rasa kecintaan untuk sentiasa berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW... Amin
Wednesday, December 26, 2012
Monday, December 24, 2012
Tolong Menolong (al-Maidah;2)
Pagi ni dah dua kali dengar surah al-Maidah, ayat 2 ni, skali ms motivasi kat tv kul 6am, then motivasi pagi kat radio ikim.fm kul 7.30am oleh ustaz... Adakah ini satu kebetulan??? TIDAK... tidak ada kebetulan dlm kehidupan, semuanya dah ditetapkan oleh Allah SWT apa2 yg berlaku..Allah nak mendidik hati ini supaya saling tolong-menolong antara satu sama lain (^_^)/ tolong menolong ke arah kebaikan bukan ke arah dosa/permusuhan. In shaa Allah..
"......dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah sangat berat siksa-Nya." (al-Maidah; 2)

Saturday, December 22, 2012
♥ Motivasi diri ♥
♥ Di akhirat nt Allah akan bertanya kepada kita apa yg telah kita lakukan, Allah tak akan ty kepada kita apa yg org lain telah lakukan ♥
Sebagaimana cerita seekor burung pipit yg berusaha memadamkan api ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh raja namrud yg zalim....
seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil.
“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.
“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.
Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”
Burung kecil itu tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah telah dizalimi ♥
>>> Jom kita ambil iktibar dari kisah pengajaran burung pipit ini...smga kita sentiasa melakukan sesuatu Lillahitaala...kerana ALLAH SWT ♥

Friday, December 21, 2012
Seiring Sehaluan
<< Buatmu SAHABAT >>
Silaturrahim ini tak akan terpisah..
kita jalinkan seperti Rasulullah dan sahabat..
..susah senang kita tempuhi bersama..
"bertemu berpisah kerana ALLAH"
Wednesday, December 19, 2012
Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni
Subhanallah, Alhamdulillah berpeluang utk menimba siraman ilmu dr Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni, salah seorang ulama' besar tafsir hadith yang masih ada kini. Berasal dari Syria meskipun telah 30 thn dihalau dari kembali ke Syria.
Syeikh memulakan penyampaiannya dengan Ayat 110, Surah Ali- Imran:.
" Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman),.."
Benarlah kita sebaik-baik umat kerana tiga agenda utama ini iaitu menegakkan ma'ruf dan mencegah kemungkaran dan mentaati Allah dgn sebenar-benar iman.
Antara pesanan syeikh yang ingin dikongsi bersama:.
'Allah mengangkat kita dengan ilmu dan Allah mengangkat dua golongan yg berilmu ini iaitu golongan malaikat dan golongan alim ulama' (orang2 yg berilmu).'
Maka untuk mendalami agama Islam ini perlu dgn ilmu dengan cara berpandukan Al-Quran & Sunnah.
Ilmu tanpa taqwa samalah seperti iblis. Maka, ilmu yang yang memuliakan kita adalah ilmu beserta taqwa.
Semoga Allah memudahkan langkah-langkah kita semua dalam menuntut ilmu kerana ia fardhu ke atas tiap-tiap umat manusia.
Wallhu'alam
-adapted from FB =) dari my fren - atiqah
renungan bersama

Monday, December 17, 2012
Kisah Anak yang Tawakkal
"Nak, jika engkau menginginkan sesuatu, engkau mesti meminta dan berdoa kepada Allah tidak boleh kepada yang lain," kata Ahmad kepada anaknya yang masih kecil itu.
"Caranya bagaimana ayah?" tanya anaknya.
"Engkau pergi ke tingkap, angkat kedua-dua tanganmu ke langit dan ucapkan: "Ya Allah! Aku ingin ini.... maka berikanlah aku rezeki dari sisi-Mu."
Ahmad dan isterinya telah menyediakan segala makanan, minuman atau benda-benda yang menjadi kegemaran anaknya itu. Setiap kali anaknya pergi ke tingkap, kedua-duanya pergi ke tempat benda-bendanya yang disorokkan.
Suatu hari anaknya pergi ke tingkap dan berdoa: "Ya Allah, aku ingin roti yang sedap, maka berilah aku rezeki dari sisi-Mu."
Secepat kilat ibunya meletakkan roti diatas meja makan. Maka apabila anaknya pergi ke meja makan, telah tersedia makanan yang dimintanya. Dia yakin bahawa barang itu dari Allah.
Esok harinya ia pergi pula ke tingkap dan berdoa: "Ya Allah!, berilah aku minuman yang sedap."
Apabila dia menoleh, di meja sudah tersedia minuman yang sedap yang diletakkan oleh ibunya. Dia yakin bahawa Allah telah menunjukkan kekuasaannya dengan memperkenankan setiap permintaannya.
Suatu hari, Ahmad dan isterinya bepergian. Sementara anaknya yang berada di rumah sangat ingin makan roti. Maka pergilah dia ke tingkap dan berdoa : "Ya Allah, aku sangat ingin makan roti., Maka berilah aku rezeki roti dari sisi-Mu."
Ketika itu juga tersedia roti di tempat makannya. Apabila ibu bapanya pulang,. kedua-duanya terkejut kerana anaknya makan roti. Padahal ketika itu di rumahnya kebetulan tidak ada roti.
"Daripada mana engkau mendapatkan roti wahai anakku?' tanya Ahmad dan isterinya.
"Dari Allah yang memberiku maknan setiap hari itu." jawab anaknya.
Dengan kejadian ini, Ahmad sedar bahawa anaknya telah mencapai taraf yang tinggi keyakinannya kepada Allah, dan telah menempuh jalan seperti yang ditempuh oleh orang yang tawakkal.
~Himpunan Kisah Sufi~
adapted from http://sufiahsolehah.blogspot.com/2010/08/kisah-anak-yang-tawakkal.html
Tuesday, December 4, 2012
Mushroom yg cantik
Sedang2 search pasal fluorescence td terjumpa pasal luminous mushroom ni... dlm dark ia akan jd kaler hijau... sangat cantik .. ad kat malaysia. kat sarawak ada jg.. housemates ada yg pegi field trip ckp ada jump mushroom jenis ni... ok.. have a look to the video =) this video was taken in the florest of sabah...
<<< LETS CONSERVE THE RAINFOREST >>
Subscribe to:
Posts (Atom)