اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ >> Semoga Allah SWT menerapkan rasa kecintaan untuk sentiasa berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW... Amin

Saturday, December 22, 2012

♥ Motivasi diri ♥

♥ Di akhirat nt Allah akan bertanya kepada kita apa yg telah kita lakukan, Allah tak akan ty kepada kita apa yg org lain telah lakukan

Sebagaimana cerita seekor burung pipit yg berusaha memadamkan api ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh raja namrud yg zalim....

seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. 

“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.
“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.
Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Burung kecil itu tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah telah dizalimi


>>> Jom kita ambil iktibar dari kisah pengajaran burung pipit ini...smga kita sentiasa melakukan sesuatu Lillahitaala...kerana ALLAH SWT ♥ 

Friday, December 21, 2012

Seiring Sehaluan



<< Buatmu SAHABAT >>
Silaturrahim ini tak akan terpisah..
kita jalinkan seperti Rasulullah dan sahabat..

..susah senang kita tempuhi bersama..
"bertemu berpisah kerana ALLAH"

Wednesday, December 19, 2012

Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni

Subhanallah, Alhamdulillah berpeluang utk menimba siraman ilmu dr Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni, salah seorang ulama' besar tafsir hadith yang masih ada kini. Berasal dari Syria meskipun telah 30 thn dihalau dari kembali ke Syria. 

Syeikh memulakan penyampaiannya dengan Ayat 110, Surah Ali- Imran:.


" Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman),.." 


Benarlah kita sebaik-baik umat kerana tiga agenda utama ini iaitu menegakkan ma'ruf dan mencegah kemungkaran dan mentaati Allah dgn sebenar-benar iman.

Antara pesanan syeikh yang ingin dikongsi bersama:.
'Allah mengangkat kita dengan ilmu dan Allah mengangkat dua golongan yg berilmu ini iaitu golongan malaikat dan golongan alim ulama' (orang2 yg berilmu).'

Maka untuk mendalami agama Islam ini perlu dgn ilmu dengan cara berpandukan Al-Quran & Sunnah.

Ilmu tanpa taqwa samalah seperti iblis. Maka, ilmu yang yang memuliakan kita adalah ilmu beserta taqwa.

Semoga Allah memudahkan langkah-langkah kita semua dalam menuntut ilmu kerana ia fardhu ke atas tiap-tiap umat manusia.
Wallhu'alam


-adapted from FB =) dari my fren - atiqah

renungan bersama

Monday, December 17, 2012

Kisah Anak yang Tawakkal

Seorang soleh bernama Ahmad Bin Harb mempunyai seorang anak lelaki. Sejak kecil anak itu telah diajarkan mengenal Allah dan yakin bahawa Dia berkuasa atas segala sesuatu. Allah yang menghidupkan, yang mematikan dan yang memberi rezeki kepada manusia.


"Nak, jika engkau menginginkan sesuatu, engkau mesti meminta dan berdoa kepada Allah tidak boleh kepada yang lain," kata Ahmad kepada anaknya yang masih kecil itu.


"Caranya bagaimana ayah?" tanya anaknya.


"Engkau pergi ke tingkap, angkat kedua-dua tanganmu ke langit dan ucapkan: "Ya Allah! Aku ingin ini.... maka berikanlah aku rezeki dari sisi-Mu."


Ahmad dan isterinya telah menyediakan segala makanan, minuman atau benda-benda yang menjadi kegemaran anaknya itu. Setiap kali anaknya pergi ke tingkap, kedua-duanya pergi ke tempat benda-bendanya yang disorokkan.


Suatu hari anaknya pergi ke tingkap dan berdoa: "Ya Allah, aku ingin roti yang sedap, maka berilah aku rezeki dari sisi-Mu."


Secepat kilat ibunya meletakkan roti diatas meja makan. Maka apabila anaknya pergi ke meja makan, telah tersedia makanan yang dimintanya. Dia yakin bahawa barang itu dari Allah.


Esok harinya ia pergi pula ke tingkap dan berdoa: "Ya Allah!, berilah aku minuman yang sedap."

Apabila dia menoleh, di meja sudah tersedia minuman yang sedap yang diletakkan oleh ibunya. Dia yakin bahawa Allah telah menunjukkan kekuasaannya dengan memperkenankan setiap permintaannya.


Suatu hari, Ahmad dan isterinya bepergian. Sementara anaknya yang berada di rumah sangat ingin makan roti. Maka pergilah dia ke tingkap dan berdoa : "Ya Allah, aku sangat ingin makan roti., Maka berilah aku rezeki roti dari sisi-Mu."


Ketika itu juga tersedia roti di tempat makannya. Apabila ibu bapanya pulang,. kedua-duanya terkejut kerana anaknya makan roti. Padahal ketika itu di rumahnya kebetulan tidak ada roti.


"Daripada mana engkau mendapatkan roti wahai anakku?' tanya Ahmad dan isterinya.


"Dari Allah yang memberiku maknan setiap hari itu." jawab anaknya.


Dengan kejadian ini, Ahmad sedar bahawa anaknya telah mencapai taraf yang tinggi keyakinannya kepada Allah, dan telah menempuh jalan seperti yang ditempuh oleh orang yang tawakkal.

~Himpunan Kisah Sufi~
adapted from http://sufiahsolehah.blogspot.com/2010/08/kisah-anak-yang-tawakkal.html

Tuesday, December 4, 2012

Mushroom yg cantik


Sedang2 search pasal fluorescence td terjumpa pasal luminous mushroom ni...  dlm dark ia akan jd kaler hijau... sangat cantik .. ad kat malaysia.  kat sarawak ada jg..  housemates ada yg pegi field trip ckp ada jump mushroom jenis ni...  ok..  have a look to the video =) this video was taken in the florest of sabah...


<<< LETS  CONSERVE  THE  RAINFOREST >>

Monday, September 10, 2012

Kasih Sayang Allah tiada Bandingan


Jgn diminta hidup yg mudah, tp mintalah kpd Allah hati yg tabah untuk menghadapinya. Kerana hidup tdk akan mudah. Kerana hakikatnya hidup diciptakan oleh Allah memang untuk ujian @ sebagai ujian untuk kita. Sebagaimana firman Allah dlm surah al-mulk, ayat 2, “yg menciptakan mati dan hidup, utk menguji kamu, siapa di antara kamu yg lebih baik amalnya…”. Sgt menyentuh hati dgr ceramah ustaz pahrol…hidup memang penuh dgn ujian. Kita perlu kuat dlm menghadapinya…bila rs xmampu, ingatlah yg ujian itu mampu kita hadapi…xsalah menangis..mengadu dan berdoa pd Allah supaya diberikan kekuatan. Carilah semangat dgn bykkan berdoa pd Allah.. Allah sentiasa ada bersama kita. Sentiasalah rs yg kita lah org yg paling memerlukan Allah dari org lain.

Bersama-samalah kita jd seperti Rasulullah. Bila gembira baginda nabi sentiasa bersama al-Quran..bila sedih bersama al-Quran…namun kita bila sedih baru nak cari Allah. Bila gembira, dah xingat. Nauzubillah. Ya Allah, kurnialah kami hati yg tetap dgn mu..dan berilah kami rezeki yg sentiasa membaca dan bersama al-quran…satu lg yg paling menyentuh hati ini, kasih sayang Allah yg tiada bandingnya…di saat hati ini sgt sedih, kecewa, stress tntg kj, dan xth apa lg nak buat selain menangis..dlm fikiran ini hy al-Quran, prcya hy Allah dpt membantu diri ini di saat tiada siapa yg th selain dari Nya….sambil menangis sy buka al-Quran…dan ayat pertama yg saya terbuka (dgn izin Allah) surah Ali-Imran, ayt 14-15. Sayu sgt rasa bila bc…sy mendapat jawapan kpd segala2nya..Firman Allah swt:

“Dijadikan terasa indah dlm pandangan manusia cinta terhadap apa yg diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yg bertompok dlm bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yg baik” (Ali-Imran; 14)

“Katakanlah, “mahukah aku khabarkan kepadamu apa yg lebih baik dari yg demikian itu? Bagi org yg bertaqwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dlmnya, dan pasangan-pasangan yg suci, serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya.”  (Ali-Imran; 15)

tq Allah kra sentiasa ada dlm menenangkan hati ini…di saat hti ini tertekan ttg kj iaitu sesuatu yg kita inginkan yg terbaik..Allah dtg dgn mgkhabarkan ada yg lebih baik dri yg semua itu, iaitu mendpt syurga Allah..serta ridhaNya. Dan setiap kali sy bc ayat ini, terasa sayu..dah tiada lg tekanan sbgai mana sblum ini, krana sy th disebalik kesengan hidup di dunia ini, ada yg lebih baik lg iaitu dgn mendapat syurga dan redha Allah. Trima kasih Allah krna mnyayangi diri ini wlupun siapa lah diri ini jka nak dibandingkan dgn org lain...sentiasalah ada bersama dgn kmi ya Allah…

Tuesday, July 3, 2012

Iman sang SEMUT


Di zaman Nabi Allah Sulaiman AS berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman AS nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman AS merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman AS pun bertanya kepada semut: “Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu.”
Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku.”
Lantas Nabi Allah Sulaiman AS pun bertanya: “Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”
Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan.”
Nabi Allah Sulaiman AS pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong.”.
Nabi Allah Sulaiman AS pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman AS terlihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman AS menemplak semut“Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah.”
Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa.”
.
Itulah Iman Sang Semut !!! bagaimana dgn iman kita????