اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ >> Semoga Allah SWT menerapkan rasa kecintaan untuk sentiasa berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW... Amin

Thursday, April 21, 2011

Pasangan Hidup

Semalam dgr radio IKIM, prof Muhaya menceritakan tentang pasangan hidup. Carilah pasangan yg baik, bagi lelaki jgn hy cari perempuan yg cantik tp cari lah yg solehah supaya nanti terlepas satu bebanan. Suami harus mendidik isteri dgn baik supaya nanti dia dapat masuk syurga. Wlupun si suami sgt baik, sentiasa jaga solat, buat kebaikan tp sekiranya isteri dia adalah sebaliknya, xsolat, xjaga aurat si suami tetap xdpt masuk syurga kerana tggjwab suami dlm mendidik isteri masih tdk lepas. Namun sekiranya si isteri baik, jaga solat, jaga aurat, jaga dlm perhubungan serta taat pada suami, si isteri dpt msk syurga wlupun sekiranya suaminya adalah xbaik (spt xjaga solat dll), si isteri dpt msk syurga walaupun dia seorg yg masuk syurga. Jadi, suami yg mempunyai isteri yg solehah perlu byk bersyukur kerana sekurang2nya dia telah terlepas satu bebanan utk masuk k syurga nt.

Ramai pemanggil yg menceritakan masalah keluarga yg isteri ssh nak ditegur, cepat melenting & marah bila diajak berbincang serta ad jg suami dan jg isteri yg ssh mendirikan solat dan sebagainya. Namun kita perlulah bersyukur kerana dikurniakan keluarga & hargailah keluarga kita sebaik2nya. Jgn salahkan org lain dalam sesuatu perkara namun kita perlu muhasabahkan diri kita dan tgk apa silap kita yg menyebabkan org lain berbuat begitu pada kita. Kita beri apa yg kita ada, contohnya kasih sayang, sekiranya kita menyangi diri kita barulah kita dapat memberikan kasih sayang pada org lain. Sekiranya kita xmenyangi diri kita, mana mungkin kita dapat memberikan kasih sayang yg tiada pada kita pada org lain. Selain itu, kunci kebahagian jg ialah dgn solat berjemaah. Solat berjemaah lah bersama2 krna dgn solat berjemaah, Allah swt mengeratkan lagi hubungan kasih sayang suamisteri itu. 


Jadilah diri ini isteri yg solehah pada suamiku nanti & jgn lah kerana diri ini yg menghalang suamiku dari memasuki syurga-Mu

No comments:

Post a Comment