اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ >> Semoga Allah SWT menerapkan rasa kecintaan untuk sentiasa berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW... Amin

Thursday, December 29, 2011

My Little Patrick

Thanks to Akma for this little patrick * 
...so, melekatlah en.patrick ni kat dinding bilik kmiorg...ehehe...
En.Patrick duk diam2 situ ea...
<< last but not least, sayang sahabat2 + kawan2 semua >>
<< love is for you >>

LOVE LETTER

Love Letter????
<< tiba2 dapat surat cinta dri ofis pg ni >> 
Hurm....pelantikan demonstrator kat matrik unimas rupanya...
insya'Allah sy akan bt yg tebaik (^_^)/

<<< Semoga adik2 ku belajar dgn rajin2 slu ea >>>

Monday, December 5, 2011

New Choclate wif LOVE

...weekend lepas bt choc lagi....
 <<< recipe choc dah di'improve'kan dgn choc chips kat dlm =) >>>

Tuesday, November 29, 2011

Homemade Choc

Second tyme trial buat homemade choc =) first time buat failed...hehhe...Second tyme buat malam ni bersama kawan2 >> best jer men try2 recipe baru...then masak kentang + cheese = sekejap je hbs...hehe..
<< begini lah activity2 yg menarik yg dpt dicuba & menjadikan hidup ni lebey gembira >>
...walaupun choc xcantik tapi 'decoration'nya akan diperbaharui dari ms k semasa...
\(^_^)/ jom kita sama2 mencuba...

Monday, August 1, 2011

Ujian Keserasian >> utk perkahwinan impian anda

Kali ini saya nak kongsi dengan anda tentang tips2 memilih pasangan.. tips nie sesuai untuk mereka yang masih hendak mengikat tali pertunangan tetapi masih ragu2.

Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak". Sediakan pen & kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawap "Ya" tanda right.. kalau "Tidak" tanda pangkah.. soalan-soalannya...

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama? 

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya? 

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?  

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan? 

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua? 

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ? 

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus? 

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan? 

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti? 

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda? 

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.

Sekian sahaja untuk tips kali ini, semoga kita bertemu lagi di lain kali. 

Wassalam.

Mohd Suhaimy Abu Bakar
Admin
www.maskahwin.com - 

usah biarkan wang menjadi penghalang mahligai impian anda.

Monday, June 6, 2011

Allah Maha Adil


Malam (3/6/11), bersembang dgn zul sebelum tdr dan dia ada menceritakan kisah yg menyentuh hati ini:

“Abg, ada masa dulu buat assignment. Bila siap, ada saing mintak, pahtu ye tiru asgmnt abg, bila tgk markah, kwn abg dpt markah lebih tinggi dri abg sedangkan dia copy paste je asgmnt abg. Memang abg rs jeles tp ALLAH MAHA ADIL. Sampai skg abg ingat lg ap yg abg blaja tp kwn abg ye xingat. Abg jg percaya kalau kita ajar org dan berkongsi ilmu yg kita ada dgn org, ilmu tu kita boleh bawa sampai mati dan bila2. Kan 3 perkara je kita bawak ke mati, janji, kita ikhlas.”

Doakanlah akan keberkatan ilmu dari Allah bukan pd tingginya markah kita dpt. Bukan pada letaknya 5A UPSR, 8A PMR, 10A SPM. As’ dan pointer yg tinggi xkan ditanya oleh Allah kelak melainkan solat serta amalan kita dan ilmu yg bermanfaat yg hy boleh menolong kita di akhirat kelak. Bila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita tetapi bila kita kejar dunia, dunia dan akhirat akan hina kita.

Tiada gunanya kalau kita kaya-raya dan dapat seluruh dunia ini kalau hati kita tak tenang & tidak guna ada pangkat yg tinggi, kelulusan yg tinggi kalau kita tak kenal Rasulullah dan xikut sunnah Rasulullah.

(Apabila ssorg itu mati, maka terputuslah amal jariah ssorg itu melainkan 3 perkara >> sedekah, ilmu pengetahuan yg manfaat dan doa anak yg soleh)

<<Islam is the way of life, for complete way>>